Cari Blog Ini

Memuat...

Kisah-Kisah Nabi Ilyas Alaihissalam


  • Nabi Ilyas Alaihissalam dan para Wali Allah (al Abdal)

Dari Daud bin Yahya, katanya bercerita seorang lelaki yang selalu berada di Baitul Maqdis: “Pada waktu saya berjalan di salah satu lembah di Jordan, saya melihat di lembah bukit itu ada orang yang sedang mengerjakan shalat. Saya lihat di atasnya ada awan yang melindunginya daripada panas matahari. Aku menduga lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Aku dekati dia kemudian kuucapkan salam kepadanya. Dia berpaling kepadaku sambil menjawab salamku. Aku tanya: “Siapa anda sebenarnya wahai orang yang dirahmati Allah?” Dia diam saja dan tidak menjawab peratanyaanku. Sekali lagi kusampaikan pertanyaan yang sama kepadanya, kemudian dia pun menjawab: “Aku adalah Ilyas An-Nabi.”

Tiba-tiba saja merinding bulu romaku. Aku gemetar, dan yang paling kutakutkan adalah dia akan menghilang sebelum aku sempat menanyakan ini dan itu. Aku berkata kepadanya: “Tolong doakan supaya Allah menghilangkan penyakitku ini." Dan dia pun berdoa. Tiba-tiba penyakitku terasa sudah sembuh.

Aku bertanya lagi: “Kepada siapa tuan diutus?” Beliau menjawab: “Aku diutus kepada penduduk Baklabakka.” Kutanya lagi: “Apakah sekarang ini tuan masih menerima wahyu?” Beliau menjawab: “Bukankah sudah diutus Muhammad sebagai nabi penutup? Aku tidak menerima wahyu lagi.”

Kutanya lagi: “Jika demikian, berapa orang lagikah nabi yang masih hidup sekarang ini?” Beliau menjawab: “Sekarang ada empat orang nabi yang masih hidup, yaitu saya sendiri (Ilyas), Khidir di bumi (darat), dan Nabi Idris bersama nabi Isa di langit.”

Kutanya lagi: “Apakah tuan pernah berjumpa dengan Nabi Khidir?” Beliau menjawab” “Ya, setiap tahun kami berjumpa di padang Arafah, yakni pada musim haji.”

Kutanya: “Apa yang kalian lakukan jika bertemu di sana?” Beliau menjawab: “Saya ambil rambutnya kemudian dia pun mengambil (mencukur) rambut saya.”

Kutanya lagi: “Berapa orang lagi Al-Abdal (Wali Allah) yang lain?” Beliau menjawab: “Ada 60 orang lelaki. 50 orang berada di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 2 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan 7 orang di pelbagai penjuru dunia. Merekalah yang mengatur hujan dan mereka yang menolong untuk mengalahkan musuh Allah, bahkan di tangan mereka berdirinya dunia ini, dia matikan mereka semua supaya dunia ini pun hancur.” Ini menurut satu pendapat sangat tidak sahih.

  • Nabi Ilyas Menyembuhkan Penyakit Dengan Asmaul Husna

Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi: “Bercerita kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari Yahya bin Said, dari Abu Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy, berkata: “Aku pergi mencari Maslamah bin Masqalah di Syam. Banyak yang mengatakan Maslamah termasuk wali Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, akhirnya aku menjumpainya di salah satu lembah di Jordan.

Beliau berkata kepadaku: “Mahukah engkau kuceritakan tentang apa yang kulihat tadi di lembah bukit ini?” Kujawab: “Tentu aku ingin mendengarnya.” Beliau berkata: “Ketika tadi aku datang ke lembah ini, aku melihat seorang syekh yang sedang mengerjakan solat di bawah pohon itu. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Aku berjalan mendekatinya kemudian memberi salam kepadanya sekalipun dia sedang mengerjakan shalat. Kulihat dia rukuk, kemudian iktidal, dan kemudian sujud. Selesai shalat dia memandang ke arah suaraku datang kemudian menjawab salamku setelah melihat aku berdiri di situ.

Aku tanya dia: “Siapakah engkau wahai orang yang dirahmati Allah.” Dia menjawab : “Aku adalah Ilyas Al-Nabi.”

Aku begitu gugup mendengar kata-katanya itu. Dia datang mendekati aku. Dia letakkan tangannya di dadaku sehingga aku merasakan kesejukan tangannya.

Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah, doakanlah supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Kemudian beliau pun berdoa dengan menggunakan nama Allah, lima di antaranya dalam bahasa Arab dan tiga lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: “Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau menyebut tiga potong perkataan lagi yang aku sendiri tidak tahu maknanya. Kemudian beliau menarik tanganku sambil mendudukkan aku. Ketika itu rasanya penyakitku sudah hilang.

Aku bertanya kepadanya: “Wahai nabi Allah, Bagaimana pendapatmu tentang orang ini (saya sebutkan Mirwan bin Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa orang ulama. Beliau berkata: “Bagaimana hubunganmu dengannya?” Aku menjawab “Wahai nabi Allah, kalau aku berjumpa dengannya dia berpaling. Dia tidak pernah menyapaku.

Aku bertanya lagi: “Wahai nabi Allah, apakah sekarang ini masih ada di dunia ini Al-Abdal. (wali-wali Allah)? Beliau menjawab: ”Ada, mereka semua ada sebanyak 60 orang. 50 orang di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan yang lainnya di daerah Arab lainnya.”

Aku bertanya lagi:”Wahai nabi Allah, Apakah tuan ada berjumpa dengan nabi Khidir?” Beliau menjawab “Ya setiap musim haji kami berjumpa di Mina.” Aku bertanya: Apa yang kalian lakukan jika beryemu?” Beliau menjawab: “Aku mengambil rambutnya dan dia pun mengambil rambutku.”

Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah. sebenarnya saya ini adalah orang yang hidup sebatang kara, tidak mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan setuju, biarlah saya ikut bersama tuan ke mana saja tuan pergi.” Beliau menjawab: " Engkau tidak sanggup berteman denganku.”

Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba aku melihat satu hidangan makanan keluar dari akar pohon itu kemudian diletakkan di hadapan beliau. Sementara orang yang mengangkatnya tidak kelihatan. Dalam hidangan itu ada tiga potong roti. Beliau sudah mengulurkan tangannya untuk mulai makan hidangan itu. Tetapi tiba-tiba beliau mengurungkannya dan mengajakku untuk ikut makan bersamanya.

Aku duduk di sebelah beliau, kemudian beliau berkata kepadaku: “Mulailah dengan Bismillah dan ambilah dari yang terdekat kepadamu “Kami pun memakannya bersama-sama. Selepas makan aku melihat jelas dulang (talam) itu diangkat lagi tetapi tidak nampak orang yang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi kepada beliau minuman tetapi sama seperti sebelumnya tidak kelihatan orang yang membawanya. Beliau membagi dua minuman itu, separuh beliau minum dan separuh lagi beliau serahkan kepadaku. Saya coba minuman itu, oh rasanya cukup lazat. Minuman itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Selesai minum aku letakkan tempatnya. Tiba-tiba aku melihat tempat minum itu terangkat lagi tetapi tidak tahu siapa yang melakukannya.

Kemudian beliau memandang ke bawah (tempat yang lebih rendah lagi), rupanya di situ sudah ada binatang menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang itu lebih besar dari keledai dan tidak sampai sebesar baghal. Beliau berjalan ke arah tunggangan itu. Aku kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya. Tetapi beliau berkata: “Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak sanggup mengikuti perjalananku?” Saya merasa kecewa dan hanya mampu berkata: “Kalau begitu bagaimana caranya supaya saya berjumpa lagi dengan tuan?” Beliau menjawab: “Kalau betul-betul ingin berjumpa denganku, kita akan berjumpa lagi nanti.” Tambah beliau lagi: “Semoga engkau dapat menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul Maqdis dalam keadaan iktikaf.” Beliau pergi ke bawah pohon dan aku ikuti dari belakang tetapi tiba-tiba beliau menghilang.”

Kategori:

1 Komentar:

  1. fikris ramadhani mengatakan...:

    membantu sekali

Poskan Komentar


Risalah Paripurna

Risalah Tauhid

Risalah Para Rasul

Risalah Kitab-Kitab Wahyu

Risalah Fiqh

Komentar

Widget by ReviewOfWeb